web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Tolak Saman Fitnah Jason Lo Terhadap Bernama

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 8:39PM

Jason Lo - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini telah menolak saman fitnah bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi tempatan Jason Jonathan Lo terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang disiarkan pada 2019 dan 2020.

Jason memfailkan saman itu pada Julai 2021 berkaitan artikel bertajuk ‘Former Telco CEO charged with trespassing, injecting drug into body’ dan ‘Court charges singer Jason Lo & colleague with CBT of RM200,000.’

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan dalam keputusan yang disampaikan semalam memutuskan bahawa mahkamah mendapati tiada niat jahat dalam artikel terbabit sebagaimana yang didakwa oleh plaintif.

“Berkenaan artikel pertama yang dipertikai, membacanya secara keseluruhan akan membawa kepada kesimpulan bahawa plaintif telah didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menceroboh dan memasukkan dadah ke dalam badan. Selepas membacanya, mahkamah mendapati plaintif bukan menceroboh sebuah rumah semata-mata untuk memasukkan dadah ke dalam badan. 

“Mengenai penggunaan ayat memasukkan dadah ke dalam badan berbanding mengambil dadah dengan menyuntiknya sendiri, adalah penting untuk mengambil maklum bahawa artikel pertama yang dipertikai adalah ditulis bagi memaklumkan orang ramai bahawa plaintif telah didakwa atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Malah adalah jelas daripada artikel itu plaintif telah mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua kesalahan dan dibebaskan dengan ikat jamin,” katanya.

Menyentuh artikel kedua yang dipertikai, beliau berkata mahkamah mendapati selepas membacanya secara keseluruhan, boleh dilihat sejak awal lagi plaintif tidak mengaku bersalah dan ia dengan jelas menyatakan bahawa plaintif telah didakwa melakukan pecah amanah jenayah (CBT).

“Selain itu, artikel tersebut secara khusus menyatakan bahawa plaintif telah dibebaskan dengan jaminan RM30,000. Secara munasabah, ini tidak akan merumuskan bahawa plaintif telah mengaku bersalah. Mengambil kira keseluruhan artikel, ia menyangkal sebarang pemahaman bahawa plaintif telah mengaku melakukan jenayah itu,” katanya.

Raja Ahmad Mohzanuddin Shah berkata sesiapa sahaja yang membaca keseluruhan teks itu akan memahami bahawa plaintif hanya didakwa namun tidak dinyatakan sebagai melakukan jenayah tersebut.

“Membaca artikel kedua sepenuhnya, mahkamah mendapati bahawa tindakan melaporkan Jason telah didakwa atas kesalahan atau jenayah tertentu, tidak boleh dikatakan sebagai memfitnah,” katanya yang memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM15,000 kepada agensi berita itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Jason sebagai plaintif dan tiga saksi defendan.

Perkara itu disahkan oleh peguam Adam Luqman Amdan yang mewakili Bernama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

2

Semasa 8 bulan yang lalu

BERNAMA Junjung Titah Sultan Selangor Supaya Perangi Berita Palsu

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kes Dana 1MDB: Pendakwaan Dibenar Pinda 3 Pertuduhan Terhadap Najib

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Karut, Jho Low Tidak Pernah Masak Pasta Untuk Keluarga Saya - Zeti 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad