web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tawaran Vaksin Secara Percuma, Kerajaan Masih Berdiam Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 3:25PM

PETRA Group bersedia membantu menyumbangkan 200,000 bekalan Sinovac untuk kerja amal. - Gambar fail

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua bulan ditawarkan bekalan kira-kira 200,000 vaksin COVID-19 secara percuma oleh sebuah yayasan di bawah naungan PETRA Group Sdn Bhd, kerajaan masih lagi berdiam diri tanpa sebarang jawapan.

Tindakan itu mencetuskan tanda tanya, khususnya apabila prestasi program pengimunisasian nasional masih lagi di bawah sasaran dengan hanya 732,911 individu sudah menerima dua dos vaksin berbanding sasaran awal 9.5 juta menjelang Ogos.

Ketua perhubungan hal-ehwal kerajaan syarikat, Datuk Dr William Stevenson berkata, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin masih tidak memberi maklum balas berhubung perkara tersebut sejak Mac lalu.

“Yayasan Vinod Sekhar telah menghantar surat rasmi kepada Kementerian Kesihatan pada awal Mac untuk menyumbang 20,000 vaksin Sinovac kepada golongan yang memerlukan tetapi tidak berada dalam senarai keutamaan.

“Malangnya, kementerian masih belum memberi sebarang maklum balas. Kami juga menghantar satu lagi surat pada 31 Mac kepada YB Khairy dan masih lagi menunggu respon beliau.

“Kerajaan sedang buat yang terbaik untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 dan kami mahu membantu usaha itu kerana ia adalah tanggungjawab semua orang untuk menghentikan virus dari terus merosakkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat,” katanya kepada The Vibes.

Tambah William lagi, Yayasan Vinod Sekhar turut memberitahu Bahagian Regulatori Farmasi Negara tentang niatnya untuk menyumbang 200,000 dos vaksin Sinovac tersebut. – Getaran, 17 Mei, 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia