web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waspada Mesej Palsu Vaksin Sinovac - Dr Siti Mariah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 May 2021 3:41PM

Jangan percaya mesej palsu melibatkan pemberian vaksin Sinovac menerusi aplikasi SELANGKAH.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Orang ramai diminta berwaspada dengan penularan mesej palsu di WhatsApp, membabitkan pemberian vaksin jenis Sinovac yang didakwa boleh didapati menerusi aplikasi SELANGKAH.

Pengerusi Pejabat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, berita mengenai pemberian tambahan vaksin jenis Sinovac sebanyak lima ratus ribu itu adalah tidak benar sama sekali.

Menurut beliau, antara lain mesej berkenaan memberitahu, orang ramai yang masih menunggu temujanji suntikan selepas mendaftar di My Sejahtera boleh mendapatkan vaksin masing-masing dengan lebih cepat menerusi SELANGKAH.

"Segala kenyataan atau pengumuman rasmi berkenaan vaksin COVID-19 di negeri Selangor hanya akan dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari atau saya sendiri.

"Mesej yang tular itu sama sekali tidak benar dan kerajaan Selangor tidak pernah membuat penambahan vaksin jenis Sinovac ini," katanya.

Tambah beliau, sebarang maklumat yang sahih mengenai vaksin dan pendaftaran boleh didapati menerusi platform media sosial yang tepat seperti Selangor Task Force COVID-19, Media Selangor, Dr.Siti Mariah dan Menteri Besar sendiri. - Getaran, 17 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia