web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibu Hamil Hanya Sesuai Vaksin Pfizer-BioNTech - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 5:51PM

Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung manakala Sinovac dan AstraZeneca tidak disyorkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Hanya vaksin jenis Pfizer-BioNTech sesuai diberikan kepada mereka yang hamil dengan tempoh kandungan berusia 14 hingga 33 minggu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya hari ini, Khairy berkata dua lagi vaksin iaitu Sinovac dan AstraZeneca tidak disyorkan untuk ibu hamil buat masa ini.

Beliau berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan mengkoordinasi dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kepada golongan itu.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pengambilan vaksin berkenaan juga boleh ditangguhkan selepas kehamilan.

Katanya vaksin Pfizer-BioNTech juga sesuai diberikan kepada ibu menyusu namun bagi vaksin Sinovac dan AstraZeneca, data keselamatannya adalah terhad dan pengesyoran akan dibuat selepas konsultasi.

"Ini merupakan panduan klinikal semasa yang dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai vaksin bagi golongan hamil dan menyusu, dan mereka dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sekiranya mempunyai  keraguan berkaitan," katanya.

Menurut Khairy, hingga kini,  seramai 10.18 juta individu telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19.

Seramai 1.202 juta orang menerima satu dos manakala 733,237 orang telah lengkap menerima dua dos vaksin, dengan jumlah keseluruhan vaksin yang diberikan setakat ini ialah sebanyak 1,935,632 dos.

Mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri, Khairy berkata kerajaan belum membuka PPV industri namun CITF telah meluluskan permohonan kilang Pharmaniaga untuk projek rintis.

“CITF meluluskan permohonan industri ini kerana mereka merupakan kilang vaksin yang mana mereka terlibat dalam pembotolan vaksin Sinovac. Kilang Pharmaniaga membeli vaksin mereka sendiri untuk diberi kepada pekerja kilang mereka,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia