web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekali Lagi Disiasat, Neelofa Langgar SOP Lagi?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 2:50PM

Neelofa berdepan sekali lagi siasatan susulan dakwaan perlanggaran SOP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keluarga usahawan selebriti, Neelofa sekali lagi berdepan siasatan polis, susulan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner (ACP) Anuar Omar berkata, video dimuat naik kakak selebriti berkenaan di akaun Instagram yang memaparkan sambutan Aidilfitri mereka sekeluarga tular di media sosial.

Menurut beliau, sambutan terbabit dipercayai dibuat di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini.

"Susulan itu satu laporan polis dibuat berhubung video yang tular di media sosial berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati, video tular yang berdurasi selama 26 saat itu memaparkan ahli keluarga selebriti berkenaan berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan Aidilfitri," katanya hari ini.

Anuar berkata, video terbabit dikongsi oleh netizen melalui Twitter.

“Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021].

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan keluarga selebriti tempatan ini dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Sebarang aktiviti yang bertentangan dengan SOP jelas beliau, boleh dikenakan tindakan undang-undang, dan ia turut mencakupi penyalahgunaan permit merentas negeri.

Menurut Anuar, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan SOP Am Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP) 3.0 di Wilayah Persekutuan berkuatkuasa 7 Mei hingga 20 Mei, dengan menetapkan bahawa rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan kerajaan negeri) adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran PDRM.

“Pergerakan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagaimanapun dibenarkan dan ia dikira sebagai satu kawasan jangkitan,” katanya. – Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia