web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isytihar Buru Anggota Hamas, Israel Angkuh Dan Biadab - ABIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 9:07PM

Sebagai tanda solidariti dengan kesengsaraan warga Palestin, penduduk di Selayang Baru, Selangor memasang banting `Free Palestine' dan melukis bendera Israel di atas jalan sebagai simbolik kemarahan rakyat Malaysia terhadap keganasan Zionis. - Gambar Syed Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman Israel untuk menangkap dan memburu semua anggota Hamas, termasuk di Malaysia adalah satu tindakan biadab yang penuh keangkuhan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pengumuman berkenaan adalah satu bentuk promosi jenayah perang secara sengaja ke seluruh dunia.

Menurut beliau, ABIM mengutuk keras tindakan negara haram itu, yang dilihat sebagai satu usaha terancang pihak mereka untuk menormalisasi keganasan dalam peradaban manusia sejagat, berpaksikan ideologi Zionis.

Tegasnya, Israel juga sanggup mencabuli kedaulatan negara dunia lain, seperti mana dilakukan ke atas negara Palestin yang diiktiraf di sisi undang-undang antarabangsa.

“Ini semua bertujuan memenuhi keserakahan syahwat Zionisme semata-mata. 

"Kami di ABIM juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk sama-sama bangkit dalam mempertahankan kedaulatan negara masing-masing,'' katanya di sini hari ini.

Muhammad Faisal menarik perhatian, ABIM turut mengajak orang ramai agar tidak tunduk dengan agenda keganasan Israel demi memelihara keamanan dan hak asasi sejagat.

“Tindakan Israel  ini juga secara tidak langsung membuka mata semua pihak untuk terus mengecam keangkuhan ini dan bersolidariti bersama Palestin," katanya.

Pertempuran antara tentera Zionis dan Palestin dilaporkan semakin memuncak, dengan kedua belah pihak saling melancarkan serangan ke atas beberapa bandar utama di Israel dan Gaza.

Pertempuran yang memuncak itu turut memaksa penduduk Palestin melarikan diri ke utara bandar Gaza.

Israel dalam pada itu menafikan terbabit melancarkan operasi ketenteraan menerusi darat. - Getaran, 18 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia