web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Lelaki Ditahan Kenduri Ketum

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 May 2021 9:45PM

Penduduk hadir untuk membuat ujian saringan COVID-19 di Surau Al-Ahmadiah di Kampung Pauh Lima, Bachok, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Tujuh lelaki yang sedang 'berkenduri' ketum ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tempoyak di Kadok dekat Kota Bharu, semalam.

Dalam serbuan jam 11 malam tadi, kumpulan pemuda berusia lingkungan 20-an berkumpul, kononnya untuk sesi rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya menahan tujuh lelaki itu hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

Katanya ketika serbuan, tujuh lelaki itu didapati sedang khayal selepas minum air ketum.

"Mereka ditahan dan dikenakan kompaun RM5,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berkumpul beramai-ramai dan pada masa sama, mereka turut ditahan mengikut Akta Racun 1952 dan kini direman untuk siasatan lanjut.

“Orang lain berkumpul buat jamuan dengan juadah raya, namun kumpulan lelaki ini membuat ‘open house’ dengan menghidangkan ketum,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Kampung Pauh Lima, di sini, yang akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai malam ini sehingga 1 Jun depan.

PKPD akan dilaksanakan di Kampung Pauh Lima berikutan terdapat 78 kes positif COVID-19 dalam tempoh 11 hari sehingga semalam.

Penularan COVID-19 di kawasan itu dipercayai berpunca daripada solat jemaah dan tadarus oleh penduduk kampung di surau kampung berkenaan.

Dalam perkembangan lain Shafien berkata, lebih 1,000 penduduk kampung akan menjalani ujian saringan pelaksanaan PKPD

"Sebanyak 10 sekatan jalan raya (SJR) yang akan diadakan di lokasi itu dengan kekuatan 104 anggota.

"Kita akan membuat pemantauan di lebih tujuh lorong tikus dengan meletak kon dan sebagainya bagi mengelak penduduk kampung keluar atau orang luar masuk ke kawasan ini," katanya. - Getaran, 18 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia