web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas Ular, 6,850 Kura-Kura Hidup Dirampas Dari Bagasi Penumpang AirAsia Ke India

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 5:00PM

Kali ini, kira-kira 6,850 kura-kura hidup dirampas daripada penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchi dari Kuala Lumpur - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa lapangan terbang India sekali lagi mengesan haiwan liar hidup yang disembunyikan dalam bagasi penumpang penerbangan AirAsia.

Bagaimanapun kali ini, kira-kira 6,850 kura-kura hidup dirampas daripada penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchi dari Kuala Lumpur.

Menurut laporan The Hindu, pegawai dari unit risikan udara kastam ‘bertindak berdasarkan risikan khusus’ apabila mengesan dua penumpang lelaki berkenaan di pintu keluar lapangan terbang di Tamil Nadu, Jumaat lalu.

“Setelah memeriksa bagasi mereka yang mendaftar masuk, pegawai menemui kura-kura hidup bersaiz kecil disembunyikan dalam kotak kecil di dalam beg sorong setiap penumpang.

“Malah, mata wang asing bersamaan 57,441 rupee (kira-kira RM3,284) turut ditemui daripada seorang penumpang,” kata laporan itu.

Hidupan liar dirampas adalah kura-kura telinga merah, yang menurut laporan The Hindu, adalah spesies kura-kura asing invasif berasal dari kawasan tenggara, Amerika Syarikat (AS).

Laporan itu juga mengatakan bahawa kedua-dua penumpang itu ditangkap kerana ‘kura-kura liar hidup itu diimport secara haram ke India tanpa dokumen atau lesen sah’.

Pada April lalu, penerbangan AirAsia berdepan situasi sama apabila pihak berkuasa lapangan terbang India menemui 22 ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba di lapangan terbang Chennai dari Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan media tempatan ketika itu, 22 ular pelbagai spesies dan seekor kameleon atau sumpah-sumpah ditemui dibungkus dalam bekas plastik lutsinar serta dirampas mengikut undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai menyuarakan kebimbangan serius mengenai bagaimana pihak berkuasa Malaysia gagal mengesan haiwan tersebut.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kemudiannya menuding jari kepada Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) (AVSEC) di atas kegagalan itu.

Jabatan itu mendakwa bahawa pemeriksaan bagasi di bahagian ‘in-line baggage screening’ di bawah kawalan dan seliaan sepenuhnya oleh MAHB AVSEC.

Malah, katanya, JKDM dan MAHB sedang dalam cadangan pelaksanaan pemeriksaan secara berpusat terhadap penumpang penerbangan antarabangsa yang akan dijalankan di KLIA Terminal 2, Sepang. —The Vibes, 26 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

2

Jelajah 5 bulan yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia