web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 12:10PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines hari ini membatalkan kesemua penerbangan masuk dan keluar ke Sabah serta Sarawak daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Airlines dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Facebook berkata, ia susulan letusan gunung berapi, Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia.

Menurut kenyataan itu, pembatalan berkenaan membabitkan 19 penerbangan iaitu masing-masing 11 dari/ke Sabah dan baki 9 penerbangan dari/ke Sarawak

"Susulan situasi semasa, Malaysia Airlines akan terus memantau perkembangan (letusan gunung berapi).

"Segala maklumat terkini mengenai pembatalan jadual penerbangan akan dikemas kini di semua akaun Facebook ini, selain dimaklumkan secara terus kepada kesemua penumpang yang terjejas," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut, syarikat penerbangan itu sedang berusaha membantu kesemua penumpang yang terjejas akibat pembatalan berkenaan menerusi penerbangan alternatif, sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

Justeru, penumpang diminta mengemas kini maklumat mereka menerusi My Booking di laman web Malaysia Airlines supaya boleh menerima sebarang kemas kini dari semasa ke semasa menerusi e-mel dan sistem pesanan ringkas.

"Keselamatan penumpang dan anak kapal amat penting kepada Malaysia Airlines," katanya.

Sementara itu, AirAsia turut mengumumkan pembatalan penerbangan dari/keluar ke Malaysia Timur berikutan insiden yang berlaku di Kepulauan Sulawesi itu.

"AirAsia sudah memaklumkan kesemua penumpang yang terjejas. 

"Penumpang yang menuju ke destinasi terjejas digalakkan supaya memeriksa e-mel dan telefon bimbit bagi mendapatkan makluman mengenai pembatalan itu.

"Mereka juga diminta menyemak status terkini mengenai jadual penerbangan di status airasia.com/flightstatus. 

Terdahulu, media melaporkan peningkatan aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara, sejak Selasa menyebabkan pemindahan 272 keluarga atau 828 individu dari kampung berhampiran.

Malah, pihak berkuasa tempatan sudah mengisytiharkan perintah darurat selama 14 hari, berkuat kuasa dari 16 hingga 29 April ini.

Letusan yang berlaku sejak malam Selasa lalu, memuntahkan abu gunung berapi, yang mengganggu rangkaian komunikasi dan isyarat di Kampung Laingpatehi.

Status gunung berapi itu dinaikkan daripada Tahap II (Awas) kepada Tahap III (Amaran) pada Selasa jam 4 petang (waktu tempatan). - Getaran, 18 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

MAS Sahkan Masalah Enjin Punca MH199 Lakukan Pendaratan Kecemasan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Alami Kerosakan Enjin, Pesawat MAS Buat Pendaratan Kecemasan

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Penerbangan, Gunung Ruang Meletus Semula

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 10 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar