web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MyAqsa Defenders Kumpul RM17.8 Juta Dana Untuk Palestin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 7:52AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MyAqsa Defenders (MAD) berjaya mengumpul dana berjumlah RM17.8 juta hasil sumbangan rakyat Malaysia sehingga kelmarin yang akan disalurkan bagi tujuan kemanusiaan dan kebajikan rakyat Palestin.

MAD, yang merupakan gabungan anak muda daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan, dalam kenyataan semalam memaklumkan dana itu akan disalur secara berperingkat dengan Fasa 1 adalah Klinik Malaysia-Al-Aqsa, Khidmat Guaman di Sheikh Jarrah, Kafalah Keluarga Miskin di Baitul Maqdis dan Gaza Emergency Relief.

“Kempen khusus pengumpulan dana daripada NGO ahli gabungan dijalankan sejak hari pertama serangan Israel.

“Hasil sumbangan menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia kepada perjuangan pembebasan isu Palestin dan kepercayaan kepada gabungan ini untuk menguruskan amanah dengan telus dan penuh integriti,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut gabungan tersebut amat komited dengan agenda tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam melaksanakan program serta projek kemanusiaan dan kebajikan di Palestin mahupun di tanah air.

“MAD mengadaptasi kerangka semak dan imbang dalam ekosistem pengurusan dan pentadbiran termasuklah mewujudkan pelan perancangan strategik sehingga tahun 2030 yang menjadi kayu ukur kelestarian impak sosial kepada masyarakat penerima manfaat di Palestin,” menurut kenyataan itu.

Antara NGO di bawah gabungan itu ialah Cinta Gaza Malaysia, Global Peace Mission Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Malaysia for Syria, Al Azhar Care, Cinta Syria Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Cakna Palestin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

4

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia