web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2024 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pendirian untuk tidak membenarkan syarikat arak, rokok dan judi kepada semua sekolah perlu dipertahankan walaupun menerima asakan pelbagai pihak. 

Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Saraswati Nallathamby berkata, pergerakan itu teguh menyokong prinsip berkenaan, selaras kenyatan dibuat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini.

Menurut beliau, Wanita MIC dalam hal ini mendesak agar garis panduan berhubung sumbangan tersebut tidak dipertikaikan mana-mana pihak berkaitan.

“Sebagai Ketua Wanita MIC Kebangsaan, saya ingin menegaskan sokongan sepenuhnya kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, dalam usaha beliau mempertahankan polisi tidak membenarkan sumbangan dari syarikat arak, rokok, dan judi kepada pihak sekolah. 

“YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, juga menyatakan tiada pengecualian dalam garis panduan derma sekolah dan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau serta minuman keras,” katanya.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah itu, garis panduan tersebut perlu dipatuhi sebaiknya.

“Kementerian Pendidikan juga pernah menyatakan sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, dadah, rokok, minuman keras dan seumpamanya boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“Semua ini adalah dilarang berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018,” katanya.

Dua hari lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dipetik sebagai berkata, sumbangan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

Katanya, perkara itu tidak pernah menjadi isu sebelum ini dan beliau sendiri pernah menghadiri majlis seumpama itu. – Getaran, 25 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

3

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

4

Politik 3 bulan yang lalu

Menang Ketua Wanita Bukan Tiket Untuk Bermegah - Saraswati

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Sukan 21 jam yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Semasa 1 hari yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB