web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Menang Ketua Wanita Bukan Tiket Untuk Bermegah - Saraswati

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 8:27PM

Saraswati Nallathamby pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor - Gambar DUN Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan sebagai Ketua Wanita MIC Kebangsaan bagi penggal 2024-2027,  bukan satu tiket untuk bermegah kerana ia datang dengan tanggungjawab yang amat berat.

Menegaskan perkara itu, Saraswati Nallathamby berkata, jawatan tersebut tidak akan membawa sebarang makna jika beliau gagal menjalankan amanah yang diberi.

“Tanggungjawab ini datang bersama harapan semua ahli yang mahu melihat MIC, khususnya sayap wanita kembali agresif seperti dahulu.

“Saya tahu ramai yang menyangkakan Wanita MIC sudah berkubur, tapi sebenarnya kami masih aktif dengan program peringkat komuniti setempat,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah itu, kejayaannya untuk memenangi jawatan terbabit tanpa bertanding membuktikan kesepakatan yang termeterai antara semua ahli.

“Ini membuktikan semua ahli maaih kekal pada komitmen yang sama, iaitu membawa suara komuniti India.

“Katalah apa sahaja, hakikatnya MIC adalah satu-satunya parti mewakili masyarakat India tempatan yang tidak pernah lari dari objektif penubuhan, sejak parti ini mula didaftarkan pada Ogos 1946,” katanya.

Saraswati menarik perhatian, tumpuan khusus akan diberi kepada wanita dari golongan B40 bagi memperkasa dan mengubah lingkaran kehidupan mereka.

“Saya mahu melihat mereka mampu ke depan dan bersaing secara kompetitif dengan kaum lelaki.

“Antara agenda termasuk memberi penekanan terhadap aspek pendidikan dan ekonomi, khasnya ibu tunggal yang tidak ada arah tuju terutamanya ketika kegawatan ekonomi,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 18 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok