web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukar Bawa Watak CEO Tegas Dalam Skip A Beat, Luo Zheng Jelaskan Penyebabnya 

Dalam pada itu, Luo Zheng berkata, dia mahu memberikan kelainan dalam persembahan lakonannya dengan melakonkan watak antagonis dalam sesebuah drama atau filem. 

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 10:00AM

Luo Zheng mengakui berdepan masalah melakonkan watak seorang yang tegas kerana ia berlainan dengan keperibadiannya. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang juga penyanyi Luo Zheng mengakui sukar membawa watak watak utama sebagai CEO yang tegas susulan dirinya seorang yang peramah dan ceria.

Menurut Luo Zheng, membawa watak sebagai seorang CEO yang tegas dalam drama terbaharunya ‘Skip A Beat’ itu dilihat agak mencabar dirinya yang agak berbeza dengan sikap dan keperibadian dirinya yang  lebih ‘sweet’.

Gambar PR
Gambar PR

“Bagi saya membawa watak sebagai seorang CEO yang tegas mungkin sesuai dengan riak muka saya yang nampak seperti garang tetapi secara realiti saya seorang yang peramah dan ceria.

“Disebabkan itu, saya lebih selesa berlakon babak-babak episod yang terakhir kerana watak ‘Gu Yi’ seorang CEO yang bossy akhirnya berubah menjadi seorang yang peramah dan sweet apabila dia dapat memenangi cinta hatinya Qiao Jing,” katanya kepada Getaran.

Pelakon kacak berasal dari China itu turut berkongsi, dia banyak mengawal emosinya bagi merealisasikan wataknya yang agak tegas dalam drama berkenaan.

Kata Luo Zheng, 27, meskipun pernah membawa watak sebagai seorang CEO sebelumnya dalam drama-drama lain, namun ini kali pertama bagi dirinya melakonkan watak yang tegas dan tidak beremosi.

“Sebelum ini saya pernah membawa watak CEO dalam drama-drama lain, namun kebanyakannya adalah biasa-biasa sahaja. Watak-watak itu ada ketegasannya tetapi tidak seperti watak  Gu Yi ini.

“Perbezaan yang boleh dilihat menerusi watak ini adalah, Gu Yi seorang yang sukar menunjukkan emosinya. Jadi apabila ada babak yang sedih atau menangis, saya perlu mengawal emosi saya untuk menjayakan watak ini,” ujarnya.

Babak romatis antara Luo Zheng (kiri) dan He Rui Xian. - Gambar PR
Babak romatis antara Luo Zheng (kiri) dan He Rui Xian. - Gambar PR

Dalam pada itu, Luo Zheng berkata, dia mahu memberikan kelainan dalam persembahan lakonannya dengan  melakonkan watak antagonis dalam sesebuah drama atau filem. 

“Saya teringin sangat nak membawa watak sebagai orang jahat sebab selama ini saya tidak pernah dapat watak sebegitu.

“Setiap kali menerima tawaran lakonan, saya mesti akan tanya sama ada watak jahat atau tidak. Lagipun saya ingin menunjuk kelainan dalam lakonan saya supaya ada kepelbagaian,” tambahnya.

‘Skip A Beat’ merupakan keluaran drama China terbaharu dengan genre romantik keluaran platform iQIYI Original.

Selain Luo Zheng drama ini turut dibintangi He Rui Xian, Vincent Cao, Guo Jia Nan, Zhu Jin Tong, Ken Lok dan ramai lagi. – Getaran, 4 Julai 2023


 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Semasa 16 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Sukan 20 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 13 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi