web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempoh Pemilikan Lesen Belajar Memandu Dilanjut 9 Bulan - Ka Siong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 9:07PM

Wee Ka Siong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh pemilikan Lesen Belajar Memandu (LDL) akan dilanjutkan selama sembilan bulan, sehingga 11 November tahun ini, bermula 11 Februari lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, semua pemilik LDL layak mendapat kemudahan itu dengan hanya membuat bayaran sebanyak RM10 bersama Salinan LDL masing-masing.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pelaksanaan PKP bermula 13 Januari lalu, yang melarang semua Pusat Latihan Memandu, E-hailing Operator (EHO) dan Pusat Ujian Komputer beroperasi.

“Namun ia hanya boleh dilakukan sekiranya LDL tamat tempoh melebihi dua tahun atau tamat tempoh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tarikh yang akan dicetak pada LDL adalah tarikh transaksi dilakukan dan tamat pada 11 November 2021 (melebihi tempoh tiga (3) atau enam (6) bulan),” katanya hari ini.

Mengulas lanjut Ka Siong berkata, pemilik LDL bagaimanapun tidak layak menerima kemudahan itu jika tarikh tamat lesen mereka sudah melebihi dua tahun sebelum atau selepas pelaksanaan PKP.

“Ini bermakna mereka tidak layak jika tarikh tamat lesen LDL melebihi dua tahun, sebelum 13 Januari 2021 atau selepas 11 November 2021.

“Pemilik perlu membuat permohonan baharu LDL serta perlu  mengulangi semula Latihan Kurikulum Pendidikan Pemandu KPP 01, KPP 02 dan KPP 03 serta menduduki kesemua Ujian Bahagian I, II dan III.

Pemilik LDL B2 Tunggal pula jelas beliau, dibenarkan untuk transaksi memperbaharui lesen dengan bayaran RM2.00 bagi tempoh 3 bulan jika LDL mereka masih berbaki 2 tahun.

Pada 11 Februari 2021, Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan kebenaran untuk Institut Latihan Pemanduan (ILP) kembali beroperasi, dengan syarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan MKN.

Ia merangkumi operasi Pusat Latihan Memandu atau IM, EHO dan e-Khidmat dengan syarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta MKN. - Getaran, 20 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia