web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengarah JSJK Bukit Aman, Zainuddin Bersara Mulai Isnin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 12:08PM

Zainuddin Yaacob bakal bersara mulai Isnin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas 34 tahun mencurahkan bakti dan keringat kepada negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob bakal mengakhiri perkhidmatannya Isnin ini.

Zainuddin, 59, mula menyertai Sang Saka Biru pada 5 April 1987 sebagai kadet Asistan Superintendan (ASP) selepas menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Kuala Langat, Selangor itu memulakan tugasannya sebagai ASP Pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sebelum bertukar ke ASP Perdagangan di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 9 Februari 1989.

Bapa kepada empat cahaya mata itu pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Machang, Kelantan, Pegawai Turus Operasi (Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan) JSJ Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (BSJP), JSJ Kuala Lumpur dan Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak

Atas kecemerlangan beliau, Zainuddin diberi kenaikan pangkat Asisten Komisioner (ACP) yang bertanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Manjung, Perak sebelum bertukar IPD Johor Bahru Selatan, Johor.

Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, kemudiannya ditugaskan semula di Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi) sebelum dinaikkan ke pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) dan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah JPJKK (Operasi Darat).

Atas pengalaman beliau menerajui beberapa Daerah dan Cawangan dalam PDRM, pada 3 Mei 2017 beliau telah dinaikkan ke pangkat Deputi Komisioner (DCP) dan menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Perak sebelum kembali ke Kuala Lumpur sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur. 

Pada 2019, Zainuddin diberi tanggungjawab untuk menerajui kontinjen Kedah apabila dinaikkan pangkat ke Komisioner (CP) sebagai Ketua Polis Kedah namun pada tahun berikutnya beliau dilantik sebagai Pengarah JSJK Bukit Aman.

Ketika berkhidmat sebagai Pengarah JSJK, Zainuddin mencetuskan idea kepada penubuhan CCID Response Center yang merupakan pusat panggilan bagi membolehkan orang ramai berinteraksi secara langsung dengan pihak JSJK bagi mendapatkan atau menyalurkan maklumat berkenaan kes-kes jenayah komersil.

Di bawah pimpinan beliau pelbagai kolaborasi dengan institusi perbankan, pihak swasta dan kerajaan telah dapat diwujudkan dan ia menghasilkan impak positif dalam usaha pihak JSJK untuk memerangi jenayah komersil. 

Susulan persaraan Zainuddin, jawatan Pengarah JSJK akan dipangku oleh Timbalannya, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkuatkuasa Isnin ini. – Getaran, 21 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia