web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Nafi 200 Penduduk Kampung Pauh Lima Lari Dari PKPD

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2021 2:10PM

Petugas barisan hadapan melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap penduduk sekitar Kampung Pauh Lima dalam Mukim Gunong selepas peningkatan laporan kes COVID-19 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan menafikan dakwaan yang menyatakan seramai 200 penduduk Kampung Pauh Lima, Bachok lari meninggalkan kampung yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) kerana enggan menjalani ujian saringan COVID-19.

Dakwaan yang tular di media sosial melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam itu menimbulkan kebimbangan orang ramai berikutan ia boleh menyebabkan penularan COVID-19.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, hantaran yang tular di aplikasi WhatsApp itu adalah satu berita palsu.

"Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita-berita palsu dan 
sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau yang diragui kesahihannya.

"Tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM) 1998," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai diingatkan untuk mengelak dari menularkan atau menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya dengan pihak yang bertanggungjawab. 

Media sebelum ini melaporkan, Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong, Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu, Kota Bharu, dilaksanakan PKPD bermula kelmarin sehingga 1 Jun ini.

Seramai 1,032 penduduk di lokasi terbabit perlu menjalani ujian saringan COVID-19 bagi memastikan mereka bebas daripada virus berkenaan.

Susulan itu, pihak polis melakukan 10 sekatan jalan raya (SJR) masing-masing enam di Bachok dan empat di Kota Bharu dan menutup 12 laluan tikus bagi menyekat pergerakan keluar masuk melibatkan lokasi tersebut. - Getaran, 21 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia