web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengalaman PKP Lepas, Bantu Elak Pembelian Panik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2021 7:59AM

Pengalaman PKP lalu dapat mengelak orang ramai lebih tenang ketika berdepan dengan desas-desus kerajaan akan melaksanakan PKP sepenuhnya susulan kenaikan kes COVID-19. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengalaman berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, membuatkan masyarakat di negeri ini lebih tenang dalam mendepani kemungkinan PKP dilaksanakan sekali lagi secara menyeluruh.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar raya dan kompleks beli belah sekitar daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing petang semalam mendapati, aktiviti jual beli barangan keperluan harian berjalan lancar, dengan pembelian barangan dibuat berdasarkan keperluan sahaja.

Di Batu Pahat contohnya, kawasan perkarangan empat buah premis niaga yang ditinjau lengang dan tidak bersesak-sesak.

Jika terdapat pengunjung sekalipun, tidak kelihatan kehadiran kanak-kanak dan warga emas di premis berkenaan, sekali gus menyaksikan kadar pematuhan tinggi terhadap prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Di Mersing pula, tidak banyak kenderaan bersesak di jalan raya utama menuju ke pasar raya berdekatan untuk membeli barangan keperluan, meskipun terdapat ura-ura PKP menyeluruh dilaksanakan.

Pekerja swasta, Fatihah Shaarani, 29, yang ditemui berkata, beliau selesa membeli barangan asas hanya apabila keperluan di rumahnya habis.

“Sejak pandemik ini, saya juga lebih banyak membeli barang mentah seperti ayam dan ikan secara dalam talian, kerana lebih mudah dan dihantar terus ke rumah,” katanya.

Sementara itu, pekerja pasar raya di Johor Bahru yang hanya mahu dikenali sebagai Asyikin, 24, berkata, terdapat peningkatan bilangan pelanggan di tempat kerjanya semalam, bagaimanapun tiada pembelian barangan dalam kuantiti besar, dilakukan orang ramai.

“Rasanya orang ramai sudah lebih bijak dalam merancang perbelanjaan mereka, kerana dalam tempoh PKP bukannya kita tidak boleh keluar rumah langsung,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan memberi ‘signal’ bahawa kerajaan akan membuat keputusan PKP menyeluruh, selepas mesyuarat antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan semua Menteri Besar atau Ketua Menteri. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia