web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Letupan Di Kampung Sireh, Unit Bom Bukit Aman Dipanggil Siasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 4:33PM

Polis akan menyiasat bagaimana seorang lelaki maut dalam kejadian letupan di Kampung Sireh, Kelantan, semalam memperoleh bekalan mercun yang begitu banyak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan meminta bantuan daripada Unit Bom Bukit Aman bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan insiden letupan sebuah kereta dalam kejadian di Persimpangan Kampung Sireh di sini, petang semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata polis juga akan menyiasat bagaimana lelaki yang maut dalam kejadian itu memperoleh bekalan mercun yang begitu banyak.

"Kita akan melakukan siasatan adakah mangsa ejen jualan mercun ataupun sebagai penjual. Berdasarkan rekod setakat semalam, mangsa juga sebelum ini memiliki dua rekod kesalahan jenayah lampau berkaitan kes dadah dan pecah rumah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Terusan, di sini hari ini.

Semalam, seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya putus dua disyaki akibat daripada letupan mercun yang dibawa di dalam keretanya, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang. Insiden berkenaan melibatkan empat mangsa tercedera serta lima lagi kenderaan turut terbakar dan rosak.

Mengulas mengenai punca kejadian, Shafien berkata berdasarkan maklumat awal ada yang mengatakan kemungkinan mangsa menghisap rokok malah mungkin kenderaan dinaiki mangsa dipanah petir kerana cuaca hujan ketika insiden letupan itu berlaku.

"Justeru, polis memohon kepada mana-mana saksi supaya tampil menyalurkan maklumat," katanya sambil menambah ia merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di Kelantan setakat ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia