web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SOP Baharu Lebih Ketat, Operasi Perniagaan Dipendekkan - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2021 6:35PM

Pekerja kedai elektronik ini menonton sidang media oleh Ismail Sabri bagi mengetahui perkembangan terkini pelaksanaan PKP 3.0. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus kakitangan awam dan 40 peratus pekerja swasta diwajibkan bekerja dari rumah (BDR), manakala operasi perniagaan dihadkan pada jam  8 pagi hingga 8 malam.

Langkah itu adalah sebahagian perincian terbaru prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan untuk Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, susulan peningkatan kes baharu COVID-19 di seluruh negara.

Kedua-dua SOP baharu yang diumumkan itu akan berkuatkuasa Selasa ini di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Kanan (Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata arahan BDR itu secara keseluruhannya akan membabitkan lebih tujuh juta pekerja bagi kedua-dua sektor terbabit.

Selain itu, SOP baharu yang turut dikuatkuasakan adalah kapasiti pengangkutan awam yang dihadkan kepada 50 peratus sahaja, dengan kekerapannya juga akan dikurangkan seperti PKP 1.0 Mac tahun lalu.

"Operasi perniagaan antaranya penjualan makanan pandu lalu, kedai runcit, kedai serbaneka yang sebelum ini dibenarkan hingga jam 10 malam kita pendekkan kepada jam 8 malam," katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di sini.

SOP baharu itu juga membenarkan peniaga pasar malam berniaga seperti biasa namun operasinya dihadkan bermula jam 4 petang sehingga 10 malam sahaja.

Menurut Ismail Sabri, ramai yang mencadangkan supaya total lockdown dilaksanakan susulan peningkatan kes COVID-19 di negara.

"Bagaimanapun, ramai juga yang khuatir sekiranya dilaksanakan total lockdown, mereka yang bergantung kepada pendapat harian seperti peniaga kecil akan terkesan kerana punca pendapatan mereka akan tertutup sama sekali," katanya. - Getaran, 22 Mac 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia