web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wajib Periksa Status MySejahtera Sebelum Masuk Premis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2021 6:48PM

Pemeriksaan status MySejahtera akan diwajibkan sebelum pekerja dan pengunjung memasuki premis perniagaan, bermula Selasa ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mewajibkan pemeriksaan status MySejahtera ke atas semua pekerja dan pengunjung sebelum memasuki premis seperti pasar raya dan kedai runcit bermula Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata tanggungjawab itu diletakkan kepada pihak swasta bagi memastikan penularan tidak merebak di premis di bawah seliaan mereka.

Katanya, premis perniagaan seperti pasar raya dan kedai runcit juga diwajibkan untuk menghadkan jumlah pengunjung yang masuk pada satu satu masa.

"Pemeriksaan premis kerajaan dan swasta secara agresif oleh pihak penguatkuasa akan dilaksanakan secara bersepadu bagi meningkatkan keberkesanan dalam penguatkuasaan.

"Semua agensi penguatkuasa yang mempunyai kuasa untuk kompaun perlu melaksanakan pemantauan pelaksanaan SOP di tempat yang berkaitan dengan tugas mereka, selain meningkatkan pengoperasian pada hari cuti dan hujung minggu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan terus menggunakan sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan berisiko tinggi seperti pusat membeli belah dan kawasan perkilangan.

"Setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko dan libat urus di lokaliti terbabit namun jika didapati masih berisiko tinggi, premis terbabit akan ditutup serta merta," katanya. - Getaran, 22 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia