web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


496 Warga Filipina Diusir Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2021 7:02PM

496 warga Filipina diusir keluar dari Sabah menerusi Program Penghantaran Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin di Sandakan. - Gambar Jabatan Imigresen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Seramai 496 warga Filipina diusir keluar dari Sabah menerusi Program Penghantaran Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Siri 7/2021, di sini, hari ini.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, semua PATI berkenaan diusir menerusi Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.

"Ini adalah siri penghantaran kelima ke Filipina dengan jumlah keseluruhan seramai 1,170 orang sepanjang tahun ini.

"Sebelum ini, semua mereka ditempatkan di Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar, telah didapati bersalah dan dihukum atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 sejak tahun lalu," katanya di sini hari ini.

Sebelum dihantar, mereka juga menjalani prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ujian saringan COVID-19 dan proses pengasingan PATI dalam tempoh tertentu bagi mengelak penularan virus terbabit sepanjang proses berkenaan.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Kedutaan Republik Filipina, diketuai Konsul Leandro Luiz S Manantan.

Tambah Muhamad Sade, program penghantaran pulang itu akan dilakukan secara berterusan dalam usaha membanteras kehadiran PATI di negeri ini. - Getaran, 22 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia