web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelitup Muka Wajib Dipakai Walaupun Berniqab - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2021 7:10PM

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap usahawan dan selebriti tanah air, Neelofa yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti diwajibkan oleh KKM. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan pelitup muka wajib dipakai walaupun seseorang individu itu mengenakan niqab atau memakai alat perlindungan muka ketika berada di tempat awam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemakaian niqab dan alat perlindungan muka bukan alasan untuk seseorang itu tidak memakai pelitup muka, seperti yang diwajibkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Jika memakai alat perlindungan muka dan niqab tetapi tidak memakai pelitup muka, ia tetap salah di bawah Akta 342.

"Bagaimanapun, sebagai tambahan boleh pakai alat perlindungan muka, niqab dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohd Said Ibrahim, berkata polis membuka kertas siasatan terhadap usahawan dan selebriti tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, kertas siasatan dibuka susulan berita di laman sesawang sebuah portal yang tular memaparkan Neelofa tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, kelmarin.

"Polis menerima laporan mengenai tindakan (Noor Neelofa) tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan oleh KKM kepada semua individu.

"Ia termasuk kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh," katanya. - Getaran, 22 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia