web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bot Fiber Terbalik, 5 Pemancing Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 8:29PM

4 daripada 5 pemancing yang terselamat selepas bot mereka dipukul ribut kira-kira 9.4 batu nautika daripada Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Lima pemancing terselamat walaupun bot fiber yang dinaiki terbalik selepas dipukul ribut di kedudukan kira-kira 9.4 batu nautika daripada Pantai Cahaya Bulan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lima mangsa berusia antara 35 hingga 60 tahun ditemui terapung oleh nelayan tempatan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan menerima laporan berkaitan insiden terbabit pada jam 9.15 malam.

Katanya, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) segera diaktifkan dengan bot KILAT 28 Negeri Kelantan.

"Empat daripada lima pemancing berjaya ditemui oleh nelayan tempatan yang turut membantu dalam operasi, dan kesemua mangsa diserahkan kepada anggota bot KILAT 28 untuk dibawa ke Pangkalan Maritim Pengkalan Kubor bagi tindakan lanjut.   

"Seorang lagi pemancing berjaya ditemui oleh sebuah lagi bot nelayan pada jam 11.15 malam dan dibawa ke Jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa selamat kerana memakai jaket keselamatan.

Menurutnya, operasi CARILAMAT ditamatkan pada jam 2 pagi tadi sebaik semua mangsa dijumpai.  

"Sebelum ini, terdapat beberapa kejadian bot karam dan terbalik berlaku di perairan negeri Kelantan, membabitkan segelintir mangsa yang tidak memakai jaket keselamatan, menyebabkan ada yang belum dijumpai sehingga kini.   

"Maritim Negeri Kelantan ingin mengingatkan agar kesemua pengusaha bot sama ada bot pancing rekreasi, bot pelancong atau nelayan untuk menyediakan peralatan keselamatan diri bagi meminimumkan risiko kemalangan," katanya.

Beliau berkata, kegagalan untuk mematuhi peraturan ditetapkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 474 (1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Peraturan-peraturan Bot 1953, yang boleh membawa kepada kompaun maksimum RM5,000 atau didenda sehingga maksimum RM10,000. 

"Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-7780070 atau MRSC Kuantan di talian 09-5717345," katanya. - Getaran, 22 Mei 2021


 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia