web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Umat Islam Perlu Jadi Model Dalam Segala Aspek Kehidupan - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 7:52AM

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ketika menghadiri majlis perasmian penutupan dan pengurniaan hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu menjadi model peranan bagi semua manusia dalam segala aspek kehidupan bermula daripada keperibadian mulia, integriti, rohani dan duniawi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ini kerana umat Islam sejati memiliki keperibadian yang seimbang dan tidak terlalu ekstrem.

“Dia adalah pendukung amalan belas kasihan, amat bertimbang rasa, sentiasa menghulurkan bantuan dan sering menguatkan antara satu sama lain serta menggalakkan kerjasama dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan aluan pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Mohd Na’im juga berkata memupuk perpaduan dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama bukan mudah namun ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksana dengan penuh beramanah.

Beliau berkata al-Quran telah membentangkan pelbagai formula Rabbani untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam konteks bernegara.

“Konsep Malaysia MADANI digarap dan dijadikan sebagai pelantar untuk masyarakat terus mengorak langkah memperkukuh rasa kebersamaan dan saling berukhuwah.

“Pelan Transformasi al-Falah turut dibangunkan sebagai inisiatif untuk bersama-sama mendukung dan merealisasikan gagasan Malaysia MADANI,” katanya.

Justeru, Mohd Na’im berkata program penghayatan al-Quran seperti Majlis Tilawah dan Hafazan di peringkat antarabangsa yang sudah memasuki edisi ke-63 akan sentiasa diangkat menjadi acara rasmi di peringkat negara.

MTHQA bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia MADANI’ anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berlangsung selama enam hari bermula 19 Ogos lalu membabitkan dua kategori iaitu pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran 30 juzuk. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Mohamad Husaini, Nor Hidayah Johan Tilawah Al-Quran

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Qari Malaysia, Semua Pemenang 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Qari, Qariah Hulu Langat Ungguli Tilawah Al-Quran Selangor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia