web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Qari Malaysia, Semua Pemenang 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 11:31AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi (tengah) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na'im Mokhtar. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M malam tadi.

Muhammad Qayyim, yang juga orang kurang upaya penglihatan sejak lahir muncul johan dengan catatan markah 94.96 peratus.

Tempat kedua dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus, manakala Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan 90.38 peratus.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa, dengan pengurniaan hadiah daripada  Sultan Perak Sultan Nazrin Shah,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau. 

Anwar turut berharap semoga majlis seperti itu bukan sahaja memuliakan Al-Quran, malah dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam kitab suci umat Islam itu. 

Bagi kategori qariah, peserta Maghribi, Sara Belmamoun muncul johan dengan markah 93.05 peratus, tempat kedua Raudhah Supian Noor dari Indonesia dengan 92.21 peratus manakala peserta Filipina, Sabaha Pato Salik di tempat ketiga dengan 91.50 peratus. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia