web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mohamad Husaini, Nor Hidayah Johan Tilawah Al-Quran

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 9:10AM

Qari dari Negeri Sembilan, Mohamad Husaini Mahmur muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN – Qari dari Negeri Sembilan, Mohamad Husaini Mahmur malam tadi dinobatkan sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi manakala Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu diumum sebagai johan menunggu bagi kategori qariah.

Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.

Naib johan qari disandang oleh Abdul Hadi Che Ab Halim dari Terengganu manakala naib johan qariah oleh Nadhrah Ahmad Marzuki dari Negeri Sembilan yang menerima wang tunai RM15,000 dan RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.

Tempat ketiga dimenangi Mohamad Syaheed Sabri, qari dari Pahang dan qariah dari Terengganu Nor Jannah Ab Rahman yang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan RM10,000 untuk menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.

Johan menunggu bagi kategori qariah, Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu. – Gambar BERNAMA
Johan menunggu bagi kategori qariah, Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu. – Gambar BERNAMA

Bagi acara hafazan 30 juzuk berserta tafsir, kategori hafiz dimenangi Muhammad Rifae'i Mat Zuki dan Putri Aminah Mohd Hanif bagi kategori hafizah manakala bagi hafazan 20 juzuk, Muhammad Asyraf Amir dari Johor dan Fatihatul Badriyah Mohd Abd Latif Hilmi dari Selangor dinobatkan sebagai pemenang.

Kategori hafazan 10 juzuk pula menyaksikan peserta Melaka Abdullah Afif Mohd Ariffin dan Aisyah Nabihah Noor Hisham dari Negeri Sembilan diumum sebagai pemenang manakala johan keseluruhan tahun ini disandang oleh Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd Yusoff mengumumkan semua pemenang di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam tadi.

Perasmian Penutupan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

MTHQK 2024, program anjuran JAKIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei dan menampilkan 110 peserta dari seluruh negara. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Qari Malaysia, Semua Pemenang 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Umat Islam Perlu Jadi Model Dalam Segala Aspek Kehidupan - Mohd Na'im

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Qari, Qariah Hulu Langat Ungguli Tilawah Al-Quran Selangor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia