web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KDN Teliti Cadangan Buka Semula Jalan Pintas Pejalan Kaki Di CIQ

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 11:34AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti cadangan membuka semula ‘jalan pintas’ di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jawatankuasa bersama yang dipengerusikan beliau dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sudah dibentuk untuk meneliti perkara berkaitan mengatasi kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.

"Perkara itu memang dalam perhatian KDN dan perbincangan di peringkat jawatankuasa ini sentiasa diberi perhatian termasuk inisiatif untuk memulihkan atau meredakan isu berkenaan.

"Aspek yang disebut tadi adalah satu daripada perkara yang sedang dalam perhatian.  Laluan lori, bas pekerja, kenderaan biasa termasuk motosikal dan pejalan kaki itu semua komponen yang menjadi perhatian kami dalam jawatankuasa ini," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perpaduan Pulai di Taman Dahlia, malam tadi.

Beliau menambah isu pejalan kaki termasuk jalan pintas antara perkara yang diberi perhatian serius oleh jawatankuasa itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar yang dipetik sebagai berkata ratusan pejalan kaki termasuk wanita hamil dan warga emas, meminta jalan pintas itu dibuka semula.

Tambah mereka, laluan yang lebih pendek berhampiran Hotel Lion lama (kini dikenali sebagai Hotel Hako) di sepanjang Jalan Lingkaran Dalam, akan menjimatkan masa kerana mereka kini terpaksa berjalan sejauh 1.5 kilometer mengelilingi CIQ BSI.

Menurut laporan berita itu, ramai merasakan bahawa pembukaan semula jalan pintas itu juga akan menyuraikan lalu lintas dari pusat bandar, yang kini sesak terutamanya pada waktu puncak dan hujung minggu disebabkan kerja-kerja pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) yang sedang dijalankan. - BERNAMA  
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

3

Politik 1 minggu yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia, China Ulangi Komitmen Kerjasama, Jaga Keselamatan Awam

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 9 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Sukan 18 jam yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri