web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Beranak Ditemukan Mati Di Kediaman Mereka Di Ampang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 8:27AM

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kesemua mayat pada 7.31 pagi semalam daripada seorang lelaki tempatan. 

Beliau berkata Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat kematian di lokasi itu.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat tiga mayat iaitu satu mayat wanita dewasa berusia 42 tahun, satu mayat remaja perempuan dan satu mayat remaja lelaki masing-masing berumur 14 dan 15 tahun. Kesemua mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Hussein berkata turut dijumpai adalah satu sampul berisi surat wasiat dan sejumlah wang tunai.

Beliau berkata pemeriksaan pasukan patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati keseluruhan ruang pintu dan tingkap bilik di mana kesemua mayat ditemukan ditutup rapat dengan pita pelekat.

Hussien berkata pasukan forensik juga menemukan satu bekas arang dan pencucuh api yang diletakkan di bawah sofa di dalam bilik itu dan tempoh kematian dipercayai melebihi 24 jam. 

“Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada,” kata beliau.

Jiran mangsa yang ingin dikenali sebagai Rina, 37, berkata sebelum ini, keluarga itu kelihatan seperti tiada masalah dan tidak pernah mendengar atau melihat sebarang tanda wujud pergaduhan. 

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila ingin keluar bekerja pagi tadi dan melihat ramai anggota polis serta unit forensik di lokasi kejadian, namun tidak menyangka sebarang kejadian yang tidak diingini. 

“Terkejut jugalah bila dapat tahu daripada jiran mengenai kejadian ini. Saya tak sangka ia boleh berlaku sebab sebelum ini, keluarga mangsa nampak okey sahaja,” katanya kepada Bernama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ribut Landa Taman Ampang Hilir, Bumbung Rumah, Gerai Tercabut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia