web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PdPR Kembali Lagi, Kerajaan Digesa Atasi Segera Isu Berbangkit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 3:57PM

Kementerian Pendidikan diminta mengambil langkah segera dan proaktif bagi mengatasi masalah berbangkit melibatkan PdPR.- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN – Penyertaan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara awal bulan ini berada di tahap agak membimbangkan. 

Dengan akses internet belum menyeluruh, ditambah pula kos pembelian data yang membebankan ibu bapa berpendapatan rendah, sudah pasti berlaku masalah keciciran pelajar, hingga akhirnya memberi kesan terhadap tahap pemahaman mereka apabila sekolah kembali dibuka. 

Kegusaran ini disuarakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pahang, Zulkifli Mohamed yang meminta kementerian berkaitan mengambil langkah segera dan proaktif bagi mengatasi masalah berbangkit itu. 

"Perkara ini bukanlah berlaku kali pertama kerana sejak wabak COVID-19 melanda dunia dan kemudiannya merebak ke negara kita, sudah beberapa kali sesi persekolahan terpaksa ditutup. 

"Sepatutnya pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah lebih bersedia dengan pelbagai kaedah penyelesaian bagi membantu murid dan pelajar, namun setakat ini kami lihat ia masih gagal diuruskan dengan baik,” katanya hari ini.

Menurut Zulkifli, PdPR memerlukan jumlah dala internet yang besar, justeru kementerian berkaitan wajar menimbangkan pemberian data secara percuma dengan mana-mana perkhidmatan telekomunikasi.

Beliau menambah, isu pengagihan komputer riba percuma dijanjikan kerajaan yang masih belum ditunaikan sehingga kini juga perlu dijawab dengan teliti memandangkan sudah hampir enam bulan pengumuman mengenai perkara itu dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

"Sudahlah laptop tidak nampak bayang, kini beban untuk menyediakan data internet pula perlu digalas ibu bapa, jadi bagaimana kita nak lihat kesungguhan mereka dalam meringankan bebanan rakyat ketika dikenakan PKP. 

"Saya minta Menteri KKMM, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bukalah mata sikit dan tidak terus memekakkan telinga mereka. Buatlah sesuatu, bincang dengan telco untuk cari jalan bagi membolehkan pemberian data internet percuma ini,” tegasnya.

Jelas Zulkifli, isu berkenaan perlu diselesaikan pada kadar segera, memandangkan tempoh pelaksanaan PdPR yang masih tidak diketahui bila akan berakhir, apatah lagi dengan peningkatan kes COVID-19. – Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Sekolah Di Pulau Pinang Dibenarkan PDPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia