web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


213 Cedera Dalam Kemalangan Libatkan 2 Tren

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 May 2021 11:33PM

Antara penumpang yang mengalami kecederaan apabila 2 tren LRT terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen KLCC dibawa keluar untuk dihantar ke hospital malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung menyebabkan 213 penumpang yang berada di dalam satu tren itu cedera, dengan 47 daripadanya parah dalam kejadian di dalam terowong di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC, malam ini.

Kejadian berlaku pada  8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji. 

Seramai 166 lagi penumpang cedera ringan dan kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur serta beberapa hospital berhampiran.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua penumpang itu berada di dalam tren yang dalam perjalanan dari Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Gombak, manakala sebuah lagi dari Stesen LRT Kampung Baru ke Stesen LRT Gombak dan hanya membawa seorang pemandu.

Menurutnya kedua-dua tren bergerak dengan kelajuan sekitar 40 kilometer sejam ketika bertembung.

"Tren yang membawa penumpang ke Gombak dipandu secara automatik, membawa 213 penumpang, sementara tren rosak pula dari Stesen Kampung Baru ke Gombak ialah tren kosong dan hanya ada pemandu,” katanya pada sidang media di Stesen LRT KLCC, malam ini.

Mohamad Zainal berkata kesemua penumpang berjaya dikeluarkan pada kira-kira 9.50 malam.

Menurutnya insiden berkenaan berkemungkinan disebabkan kesilapan komunikasi di Pusat Kawalan LRT.

"Jadi kami akan siasat sejauh mana berlaku break down (tren yang kosong). Kalau kita lihat, ini merupakan satu kemalangan," katanya.

Beliau berkata insiden itu akan disiasat di bawah Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010 kerana menyebabkan kecederaan ramai dan kerosakan kepentingan awam.

Ditanya sekiranya terdapat unsur-unsur sabotaj, Mohamad Zainal berkata: “Setakat ini tiada.” - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia