web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bakar Al Quran Perbuatan Islamofobia, Undang Kebencian Dan Bawa Mesej Berbahaya - PM

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 12:04AM

Perdana Menteri ketika menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan membakar kitab suci Al Quran di beberapa negara adalah perilaku Islamofobia yang sengaja dibuat bagi mengundang kebencian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, provokasi keagamaan seumpama itu membawa mesej yang amat berbahaya, kerana ia boleh mencetuskan permusuhan tanpa henti melibatkan umat Islam seluruh dunia.

Menurut beliau, Malaysia bimbang dengan kewujudan 'bentuk baharu perkauman' yang memiliki unsur xenofobia, stereotaip dan negatif terhadap penganut agama Islam, 

"Unsur ini diterjemahkan dengan kewujudan trend kebencian, tidak bertolak ansur dan perilaku keganasan terhadap komuniti Islam serta kesucian agama berkenaan," katanya semasa menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat.

Perdana Menteri berkata, semua perlu menyatukan kepercayaan mereka dengan tujuan untuk menggalakkan persefahaman dalam kalangan rakyat, dan mengukuhkan keamanan serta keharmonian sesama negara.

“Ini memang suatu yang sukar, namun itu sebabnya kita berada di sini. Apa yang kita perlukan ialah kepercayaan dan keyakinan untuk menjadikan dunia tempat lebih baik serta kemahuan untuk bekerjasama di atas platform konsensus dan perpaduan, " katanya.

Perdana Menteri dan delegasi Malaysia bergambar sebelum menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia - gambar PMO
Perdana Menteri dan delegasi Malaysia bergambar sebelum menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia - gambar PMO

Sementara itu, bercakap mengenai perubahan iklim dunia, Anwar yang kali pertama mewakili negara ke UNGA berkata, Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dengan membangunkan pelan hala tuju rendah karbon dan tenaga boleh diperbaharui.

Katanya, pelan tersebut akan membantu Malaysia mencapai matlamat sebagai negara yang bersih karbon. 

"Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara yang baru dilancarkan seharusnya membantu kami dalam mencapai NDC (Sumbangan Nasional Yang Ditentukan), selain memandu Malaysia ke arah aspirasi karbon sifar bersih, " katanya. 

Beliau menerusi kenyataan sama turut menyeru penglibatan negara-negara maju untuk menyumbang sebanyak AS$100 bilion (RM469 bilion) setahun bagi menyokong negara membangun. 

Jelasnya, sumbangan itu adalah sokongan terhadap usaha aspirasi iklim sambil mengingatkan sejumlah trilion dolar setahun akan diperlukan di masa hadapan.

"Kita minta negara maju untuk memberi sumbangan sebanyak USD100 billion bagi membantu negara-negara membangun ini. 

Beliau berkata lagi, saintis telah mengesahkan dunia baru saja mengalami musim panas yang paling tinggi dalam sejarah.

"Malaysia juga turut terkesan dengan keadaan ini dan kita juga mendengar Setiausaha Agung secara serius mengisytiharkan kerosakan iklim telah bermula. Malaysia juga sedang menyaksikan peningkatan dalam kesan buruk perubahan iklim, dengan peningkatan suhu, peningkatan paras laut, monsun yang bertambah buruk dan corak cuaca yang tidak menentu.

"Ia menggugat kehidupan dan mendegradasikan ekosistem tempatan, jadi kita tidak boleh membuang masa," tambahnya. - Getaran, 23 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 22 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight