web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 8:20AM

Perdana Menteri (tengah) pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 malam tadi - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - "Saya ini mudah... cakap elok-elok, selesai semua masalah,”.

Gurauan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap yang ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, merupakan antara momen menarik pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di Tasik Darulaman, Jitra dekat sini, malam tadi.

Jenaka itu kemudiannya diserikan lagi dengan sorakan tetamu yang cukup sporting untuk meraikan suasana mesra antara dua pemimpin tersebut, walaupun dilihat saling menyerang dan diserang sebelum ini.

Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri turut mengumumkan perkara baik buat rakyat Kedah hasil kerjasama yang terjalin antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. 

"Kita mendapat kerjasama penuh kerajaan negeri sebab ada 2,500 keluarga yang belum dapat ditangani masalah kemiskinan tegar. Saya telah beri arahan agar kerjasama Persektuan dan negeri, sebagai contoh utama untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam tempoh dua bulan. 

"Saya percaya kerjasama ini akan menghasilkan natijah yang baik. Kerana saya tak mahu kebetulan negeri majoiriti Melayu dan Islam, tetapi masih terdera dengan kesusahan ini dan oleh demikian, berikan perhatian (terhadap isu berkenaan)," katanya. 

Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan - gambar Rafisqi Radhi
Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan - gambar Rafisqi Radhi

Selain soal kemiskinan katanya, fokus akan turut diberi terhadap projek keutamaan rakyat. 

"Sebab itulah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mengatur perumahan rakyat, kita minta selaraskan sekali dengan cadangan kerajaan negeri. Kalau perlu tambahan kepada RM30 atau RM40 juta, saya boleh luluskan segera untuk kepentingan rakyat. 

"Kerana itu saya katakan kepada Muhammad Sanusi, bahawa saya ini mudah...Kalau cakap elok-elok, selesai semua kerana kerjasama kita untuk bantu selesai masalah rakyat. Kita ada beza pendapat sikit dalam pendekatan tetapi itu tak jadi masalah," katanya. 

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan pendahuluan, Muhammad Sanusi memohon maaf bagi pihak dirinya serta kerajaan negeri sekiranya ada ucapannya yang kurang sesuai sepanjang menjadi Menteri Besar.

"Di kesempatan ini saya sebagai manusia biasa yang tidak maksum, saya memohon ampun dan maaf bagi pihak diri serta kerajaan negeri sekiranya selama berkhidmat sebagai Menteri Besar (atas) kapasiti politik, saya ada melakukan ucapan kurang sesuai dalam konteks hablumminannas (hubungan sesama manusia. 

"Sebagai insan lemah, ketelanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri masing-masing. Semoga pertemuan dalam Syawal ini menjadi asbab untuk kita memulakan lembahan baharu, bagi sama-sama melangkah dengan hati bersih, ikhlas dan bertanggungjawab dalam usaha membela nasib rakyat," katanya. 

Muhammad Sanusi dalam pada itu turut menegaskan bahawa kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik.

"Saya tiada niat hendak memberi kuliah politik kerana semua yang ada di depan ini adalah abang-abang saya yang jauh lebih berpengalaman, lebih lama dalam dunia politik. 

"Ini sekadar untuk kita jadikan renungan dan bermuhasabah. Saya amat menghargai pertemuan pada malam ini dan menganggapnya sebagai momen cukup bermakna bagi menyatukan hati kita dalam perjuangan selain meminimumkan perbezaan demi melangkah membela nasib rakyat," katanya. - Getaran 4 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Sukan 17 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Politik 22 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri