Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 8:11AM

gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan MADANI akan terus memantau kadar inflasi dan impaknya kepada negara susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneliti dari segi pelaksanaan kenaikan gaji tersebut, sekali gus memastikan hasil negara meningkat menerusi pemantauan yang lebih kemas.

"Sebab itu kenaikan (inflasi) (dijangka) secara berperingkat pada Disember dan diikuti pada tahun berikutnya.

"Justeru, kalau (inflasi) naik pun, (ia) dalam keadaaan terkawal kerana seperti yang kita tahu, inflasi di negara kita paling rendah di Asia," kata beliau pada program 'Soal Jawab Perdana Menteri' yang disiarkan oleh semua stesen TV tempatan termasuk BERNAMA TV semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kebimbangan mengenai kenaikan inflasi dalam negara susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam.

Terdahulu, pada sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat Kebangsaan di sini pagi semalam, Anwar mengumumkan kenaikan tersebut, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara dan melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

Anwar berkata, kerajaan akan terus memantau untuk memastikan kenaikan inflasi tidak akan membebankan rakyat.

Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus pada tahun ini, berikutan tekanan kos yang terkawal susulan keadaan bekalan global yang bertambah baik.

Menyentuh mengenai kos sara hidup, Perdana Menteri menafikan rungutan daripada beberapa pihak bahawa kos sara hidup pada masa ini adalah paling tinggi dalam sejarah.

"Itu bohong. Saya pernah dulu mempengerusikan (mesyuarat) berpuluhan tahun yang lepas mengenai pengawalan harga barang selaku Menteri Kewangan ketika itu. Memang kita andaikan setiap tahun sebelum raya, mesti harga ayam naik tetapi kali ini, tidak.

"Kemudian tentang harga sayur dan ikan, kita juga pantau. Ada beberapa yang naik. Saya tidak menafikan tetapi kita pantau," kata beliau, sambil menambah kos sara hidup di Malaysia masih dikawal baik berbanding Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (BERNAMA TV), Muhammad Zulfitri Yusof (Awani) dan Azaria Tagaya (TV3). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

2

Semasa 18 jam yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Politik 20 jam yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

4

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Semasa 3 jam yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion