web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemalangan LRT: PRASARANA Beri Bantuan Khas RM1,000 Dan Sokongan Lain Kepada Semua Mangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2021 12:34PM

Tajuddin bercakap kepada media di sidang media berkaitan kemalangan LRT semalam di Avenue K, Kuala Lumpur pagi tadi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) akan memberikan bantuan khas RM1,000 dan bantuan sokongan lain kepada semua mangsa yang terlibat dalam insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC di sini, malam tadi.

Pengerusi Kumpulan PRASARANA Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau telah berbincang dengan pengurusan tertinggi syarikat mengenai perkara itu.

Beliau berkata seramai 213 penumpang terlibat dalam insiden tersebut dengan 64 daripadanya dikejarkan ke hospital, sementara enam daripadanya sangat kritikal termasuk tiga mangsa memerlukan bantuan pernafasan.

“Kita telah buat keputusan, Prasarana akan keluarkan bantuan khas kepada semua 213 penumpang ini, kita akan membantu dengan memberikan sebanyak RM1,000 setiap orang, tanpa mengira keadaan mereka sama ada serius atau tidak.

“Selain itu, kita akan beri bantuan khas kepada mangsa yang dimasukkan ke hospital, kos perubatan, rawatan sejak mula masuk sehinggalah pulih semula. Insya-Allah kita akan beri mereka bantuan perubatan,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi insiden tersebut di sini, hari ini.

Dalam laporan media semalam, kejadian yang berlaku pada 8.45 malam itu, menyebabkan 47 penumpang parah manakala 166 lagi cedera ringan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia