web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Sekatan Import Ikan Dari Jepun - Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2023 5:37PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menghalang sebarang aktiviti mengimport produk pertanian dan perikanan dari Jepun, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau tahap isu keselamatan makanan termasuk pemeriksaan radiasi dan mengesahkan produk perikanan yang diimport dari negara ‘Matahari Terbit’ itu selamat untuk dimakan.

“Bagaimanapun kita letak sebarang perikanan yang datang daripada Jepun di tahap empat iaitu peringkat yang kita paling ambil perhatian. Jadi makanlah sebarang ikan yang datang dari Jepun, selamat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Miyashita Ichiro di sini, hari ini.

Sebelum ini, beberapa negara membangkitkan kebimbangan susulan tindakan Tokyo melepaskan air radioaktif dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

Tindakan tersebut mendorong China, Hong Kong dan Korea Utara mengambil tindakan segera menyekat produk hasil laut negara itu.

Mengulas mengenai sama ada terdapat kemungkinan negara akan meningkatkan import beras dari negara pembekal ASEAN yang lebih murah kosnya, Mohamad berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Bernas lebih mengetahui dan kita akan bincang dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, Kabinet akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam masa terdekat selepas beliau membentangkan situasi terkini bahan mentah tersebut pada mesyuarat pagi ini.

“Sekarang ayam dan telur keadaan sudah stabil, harga di bawah siling. Jadi mungkin Kabinet akan buat keputusan sesuatu. Kita tunggu keputusan tersebut,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

2

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 6 bulan yang lalu

MAQIS Johor Sita 25 Tan Perut Babi Bernilai RM400,000

4

Selebriti 6 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia