web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siap Sedia Daftar Pusingan Kedua AstraZeneca - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 10:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai supaya bersiap sedia untuk  pendaftaran vaksin COVID-19 AstraZeneca pusingan kedua pada jam 12 tengah hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham bermula hari ini,  terdapat sejuta slot telah tersedia untuk ditempah oleh orang ramai yang berusia 18 tahun ke atas.

“Tempahan adalah berdasarkan ‘first-come-first-served’. Manakala syarat tempahan perlulah berusia 18 tahun ke atas, telah berdaftar untuk vaksinasi bersama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Seterusnya, individu tersebut perlulah menetap di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak atau Selangor, serta pastikan nombor kad pengenalan dan alamat di MySejahtera adalah betul,” katanya dalam satu  kenyataan yang dikongsi di twitternya.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan orang ramai supaya mengambil tahu semua informasi berkenaan vaksin sebelum membuat tempahan.

Justeru, bagi mereka yang berminat boleh mendaftar, boleh terus layari website melalui http://vaksincovid.gov.my bermula 12 tengah hari nanti.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini melaporkan pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela khusus untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas akan dibuka bermula 23 hingga 26 Mei ini.

Beliau berkata, fasa kedua tempahan itu juga memberi keutamaan kepada mereka yang berada dalam senarai menunggu selepas mendaftar ketika pusingan pertama tempahan vaksin secara sukarela.

Malaysia dijangka menerima 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca pada akhir bulan ini melalui kemudahan pelan peruntukan vaksin Covid-19 global (Covax). - Getaran, 26 Mei 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia