web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Pakai Pelitup Muka, Pengerusi PRASARANA Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 11:11AM

Polis siasat Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka pada sidang media mengenai kemalangan tren, semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan terhadap Pengerusi Prasarana Berhad (PRASARANA), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka ketika sidang media insiden kemalangan tren semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah, berkata siasatan itu dijalankan terhadap video yang tular di media sosial,  menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.

Katanya, Tajuddin dikesan berbuat demikian ketika mengadakan sidang media selepas meninjau insiden kemalangan tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC, Kuala Lumpur.

“Polis Dang Wangi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021.

“Semua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya (DPP) apabila siasatan selesai dijalankan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai terus mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tinsakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuatkuasa,” katanya. - Getaran, 26 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia