web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laman Web Bermasalah, Rakyat Kecewa Gagal Daftar Vaksin AstraZeneca

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 May 2021 3:46PM

Orang ramai kecewa kerana pendaftaran vaksin AstraZeneca hanya dibuka kurang 2 jam, ramai yang terlepas peluang mendapatkan vaksin. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kurang daripada dua jam dibuka, tempahan slot suntikan vaksin AstraZeneca kembali ditutup, sekali gus melahirkan rasa kecewa orang ramai yang setia mencuba sejak tengah hari tadi.

Episod kekecewaan mereka sebenarnya sudah bermula sejak awal, apabila waktu yang dijanjikan iaitu 12 tengah hari ditunda ke jam 12.15 ekoran beberapa masalah teknikal.

Sejurus dibuka, sekali lagi masalah teknikal yang pernah berlaku pada dua pusingan pendaftaran sebelum ini, kembali berulang, sebelum akhirnya ditutup apabila didakwa telah penuh.

'Drama' melingkari pendaftaran pusingan kedua ini membuatkan orang ramai menzahirkan kekecewaan masing-masing di media sosial, khususnya Twitter.

Majoriti melahirkan rasa kecewa apabila gagal mendapatkan slot diingini walaupun sudah menunggu sejak tepat jam 12 tengah hari.

Seorang petugas barisan hadapan, Dr Sherrini Ahmad berkata, beliau berusaha sedaya upaya cuba untuk mendaftarkan ahli keluarganya, namun gagal berbuat demikian.

"Kegagalan saya untuk berbuat demikian sejak 1/2 jam lalu membuktikan betapa teruknya kita 'dirosakkan' oleh kerajaan. Berusaha untuk mendapatkan vaksin sama seperti berebut ketika jualan murah Boxing Day. Mengecewakan," katanya menerusi satu ciapan.

Kenyataan Dr Sherrini itu diulang ciap sebanyak 2,331 kali dan beliau turut mendesak Kementerian Kesihatan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan Khairy memberi penjelasan segera berhubung isu berkenaan.

Seorang pengguna yang menggunakan akaun @akasabina turut berkongsi sentimen sama, apabila penantiannya berakhir dengan kegagalan.

“Sedih terpacak, cuba dari awal pukul 12.15 tengahari. Akhirnya  tak dapat juga nak tempah slot.

“Sebab klik sana sini semua penuh dan terlalu ramai orang hadapi masalah sama. Sila selesaikan isu teknikal ini pada masa akan datang!,” katanya menerusi ciapan itu.

Pagi tadi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantarannya di laman Facebook  memaklumkan, sejuta slot boleh ditempah bagi fasa kedua permohonan suntikan vaksin AstraZeneca yang akan dibuka bermula jam 12 tengah hari.

Terdahulu Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitternya juga memaklumkan, pendaftaran tempahan itu dibuka untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri di Sarawak.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini dilaporkan berkata, fasa kedua pendaftaran vaksinasi AstraZeneca dibuka khusus kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas bermula 23 hingga 26 Mei.

Beliau berkata fasa kedua tempahan itu juga memberi keutamaan kepada mereka yang berada dalam senarai menunggu, selepas mendaftar secara pada pusingan pertama. - Getaran, 26 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia