web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Keluarga Sembunyi Kematian Pesakit COVID-19 Tidak Benar - Pengarah Kesihatan Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 May 2021 4:34PM

Pengebumian jenazah lelaki berusia 30-an ini diuruskan mengikut SOP yang ditetapkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menafikan wujud kes kematian pesakit COVID-19 yang disembunyikan keluarga, hingga mendorong kepada penularan kes.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kematian pesakit terbabit adalah di bawah pengetahuan Jabatan Kesihatan dan semua urusan jenazah serta pengebumian dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepatutnya.

Menurut beliau, dakwaan yang kini sedang tular melalui aplikasi WhatsApp itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

“Ada satu mesej yang tular, mendakwa sebuah keluarga di Padang Pak Amat, Pasir Puteh menyembunyikan kematian ahli keluarga mereka akibat COVID-19, hingga menyebabkan berlaku penularan kes.

"Saya mahu menjelaskan, memang ada kes kematian membabitkan seorang lelaki berusia 30-an di kediamannya akibat COVID-19, namun jenazah mangsa sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis (HTA) untuk diuruskan mengikut SOP sepatutnya,” katanya kepada Getaran hari ini.

Mesej yang tular mengenai dakwaan sebuah keluarga menyembunyikan jenazah mangsa COVID-19 adalah palsu
Mesej yang tular mengenai dakwaan sebuah keluarga menyembunyikan jenazah mangsa COVID-19 adalah palsu

Dr Zaini memberitahu, proses pengurusan jenazah dan pengebumian dilaksanakan mengikut SOP pengurusan jenazah COVID-19 serta dipantau oleh Pegawai Pejabat Kesihatan Pasir Puteh dengan bantuan pasukan Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

“Dakwaan yang tular mengatakan keluarga menyembunyikan kematian anaknya sehingga penduduk kampung membantu menguruskan kematian itu adalah tidak benar.

“Masyarakat diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kebimbangan dan kerisauan di kalangan orang ramai,” katanya.

Semalam, tular di aplikasi WhatsApp satu dakwaan kononnya sebuah keluarga di Pasir Puteh menyembunyikan kematian anaknya disebabkan COVID-19.

Mesej itu mendakwa, keluarga berkenaan hanya memaklumkan anak mereka meninggal dunia secara mengejut, menyebabkan orang kampung menziarahi dan menguruskan jenazah seperti biasa.

Susulan itu, hantaran berkenaan mendakwa 300 penduduk kampung terpaksa menjalani ujian saringan COVID-19. - Getaran, 26 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia