web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keterlaluan Dalam Sidang Media, Tajuddin Dipecat Serta Merta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 May 2021 8:01PM

Tajuddin Abdul Rahman

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) ditamatkan berkuatkuasa serta merta.

Pemecatan Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilakukan Menteri Kewangan Datuk Seri Teng Zafrul Tengku Abdul Aziz, susulan kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) dua hari lalu.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang YB Datuk Seri berikan kepada PRASARANA sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat,” kata Tengku Zafrul menerusi surat itu.

Tingkah laku Tajuddin ketika mengendalikan sidang media khas berhubung nahas itu semalam menerima kecaman ramai, selepas beliau dikatakan gagal menunjukkan sebarang empati terhadap mangsa terlibat.

Pemilikan kata dan penggunaan analogi yang digunakan bagi menggambarkan tragedi berkenaan juga disifatkan amat keterlaluan serta memalukan.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga menerima kritikan gara-gara gagal memakai pelitup muka semasa berada di sidang media tersebut.

Menurut siasatan awal pasukan penyiasat khas, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada kecuaian manusia.

Pertembungan itu berlaku apabila tren bernombor siri TR40 tanpa penumpang itu tergelincir masuk ke landasan bertentangan, ketika dalam perjalanan dari Gombak ke depoh Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) di Subang, sebelum melanggar tren TR81 yang berpenumpang.

Menurut PRASARANA bantuan kewangan khas berjumlah RM1,000 juga akan diberikan kepada semua 213 penumpang. - Getaran, 26 Mei 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia