web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenyataan Hadi Awang Tak Boleh Diterima - GERAMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 May 2021 9:08PM

Abdul Hadi Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penyalahgunaan kebebasan media disifatkan sebagai 'pukul rata' yang tidak boleh diterima.

Gerakan Media Merdeka (GERAMM) berkata, mereka sama sekali tidak dapat menerima kenyataan Abdul Hadi itu, yang jelas meletakkan semua kesalahan di bahu media. 

Menurut GERAMM, definisi kebebasan media serta etika profesi harusnya ditetapkan oleh pengamal media sendiri melalui Majlis Media Malaysia.

“Kenyataan pukul rata seperti ini tidak dapat diterima. Definisi kebebasan media serta etika profesi harusnya ditetapkan oleh pengamal media sendiri melalui Majlis Media Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ciapan itu dimuat naik bagi membidas kenyataan Ahli Parlimen Marang berkenaan hari ini.

Abdul Hadi menerusi penulisan mingguannya dalam Minda Presiden berkata, undang-undang tegas perlu dikenakan ke atas golongan yang tidak menghormati kepentingan masyarakat, khususnya ketika penularan wabak.

 Antara golongan yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah pengamal media dan agamawan.

“Pada masa berlakunya wabak inilah, undang-undang darurat yang tegas demi menjaga nyawa manusia mesti dikenakan terhadap mereka yang tidak menghormati kepentingan masyarakat umum, khususnya pengamal media yang menyalahgunakan kebebasan media dalam suasana hari ini.

“Ia termasuklah agamawan yang menyanggah pelaksanaan perintah kuarantin, SOP (prosedur operasi standard) dan pengambilan vaksin sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat awam,” katanya.

Penulisan Abdul Hadi itu diterbitkan di semua platform media sosial milik beliau termasuk Facebook dan Twitter serta akhbar mingguan milik PAS iaitu Harakah. - Getaran, 26 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia