web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CIDB Jamin Tingkat Pemantauan, Penguatkuasaan SOP Tapak Bina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 8:06AM

Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) memberi jaminan bahawa aspek pemantauan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di tapak binaan, akan dipertingkatkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, SOP di tapak bina telah diperketatkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kali ini, dengan tindakan lebih keras akan diambil terhadap mana-mana kontraktor yang melanggarnya.

“Antara aspek yang kita perketatkan termasuk mewajibkan semua pekerja, iaitu pekerja tempatan dan pekerja asing untuk menjalani ujian saringan COVID-19, bagi membuktikan mereka negatif sebelum memasuki tapak pembinaan.

“Selain itu, pemindahan pekerja ke tapak pembinaan lain juga tidak dibenarkan sama sekali, di mana kontraktor perlu memastikan pekerja tapak bina mereka tidak berpindah ke tapak bina yang lain,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV dengan topik ‘Cabaran Industri Pembinaan di Era COVID-19’ malam ini.

Ahmad Asri berkata sejak 18 Mac tahun lalu hingga kini, CIDB telah menjalankan kira-kira 17,000 pemeriksaan di tapak pembinaan.

Bagaimanapun, beliau berkata selain daripada pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak berwajib, kontraktor sepatutnya memainkan peranan dalam memastikan SOP itu dipatuhi oleh semua pekerja.

Katanya CIDB akan terus membantu industri pembinaan terutamanya syarikat pembinaan, supaya boleh terus beroperasi dan seterusnya boleh mengurangkan cabaran yang dihadapi mereka, ketika pandemik ini.

“... kerana keadaan sekarang ramai yang berpendapat, sepatutnya sektor pembinaan ini ditutup sepenuhnya seperti yang telah kita laksanakan pada 18 Mac tahun lalu (PKP 1.0).

“Tapi kita (CIDB) berpendapat, penutupan ini tidak wajar kerana ia (melibatkan kerugian) kira-kira RM11.6 bilion sebulan dan ini akan menjejaskan banyak pihak yang akan kehilangan pendapatan dan pekerjaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia