web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kegiatan Tidak Bermoral Tidak Berlaku Di PKRC Kelantan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 May 2021 3:57PM

Dr Mohd Azman menunjukkan laporan berita yang mendakwa berlaku persetubuhan luar nikah dan vandalisme di PKRC di negeri ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob menafikan laporan sebuah stesen televisyen, yang mendakwa berlaku persetubuhan luar nikah dan kegiatan vandalisme di PKRC negeri ini.

Dr Azman berkata, kegiatan tidak bermoral itu tidak berlaku di PKRC Kelantan.

“Saya menafikan laporan itu kerana semua PKRC yang kita buka hanya menempatkan satu jantina sahaja.

“Misalnya, di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian hanya menempatkan pesakit lelaki, manakala di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa hanya pesakit wanita. Begitu juga di PKRC yang lain hanya satu jantina sahaja.

“Stesen televisyen berkenaan amat tidak sensitif membuat laporan demikian kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas meninjau PKRC Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Dr Azman berkata, kesan daripada laporan itu kemungkinan masyarakat akan merasa takut untuk dimasukkan ke PKRC apabila mereka disahkan positif COVID-19.

“Kita sekarang berperang dengan COVID-19 dan mereka yang positif kena masuk ke PKRC untuk rawatan. Jadi sekiranya perkara tidak benar disebarkan, ia akan menjadikan pesakit tidak mahu dirawat di PKRC.

“Kita telah menyebabkan sesuatu perkara yang menggusarkan dan ini adalah cabaran kepada pasukan barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata, kegiatan tidak bermoral itu tidak berlaku di PKRC dan ia hanya berlaku di pusat kuarantin yang menempatkan individu bersama kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Katanya, individu berkenaan bukan pesakit COVID-19 dan mereka hanya menjalani kuarantin.

Stesen Televisyen swasta itu menerusi portalnya semalam melaporkan, perbuatan vandalisme serta masalah sosial termasuk penghuni melakukan persetubuhan luar nikah adalah antara kesalahan yang dikesan di PKRC di Kelantan.

Penyelaras Stesen Kuarantin Kelantan, Kapten Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mohd Shafie Ramli, berkata selain itu, terdapat juga kes penghuni melarikan diri sebelum tamat tempoh kuarantin. - Getaran, 27 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia