web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penggunaan Katil Di PKRC Kelantan Melebihi 95 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 6:46PM

Dr Mohd Azman Yacob (tiga dari kanan) ketika meninjau PKRC Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Peningkatan kes COVID-19 di Kelantan setiap hari menyebabkan penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini sudah melebihi kadar 95 peratus.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob berkata, setakat ini terdapat 11 PKRC yang sudah dibuka di negeri ini dengan kesemuanya hampir penuh.

Katanya, bagi menampung jumlah pesakit yang meningkat setiap hari, dua lagi PKRC dibuka iaitu PKRC kesepuluh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat, hari ini, dan di Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan, Tanjung Chat, minggu hadapan.

“PKRC JKKN dapat menampung 250 pesakit dan SMK Kampung Laut 200 pesakit.

“Di Kampung Laut kita menempatkan pesakit dari Kepulauan Tumpat dengan menggunakan asrama sekolah iaitu satu blok menempatkan pesakit lelaki dan satu blok pesakit wanita yang berusia 35 tahun ke bawah memandangkan mereka perlu menggunakan tangga untuk naik ke tingkat dua.

“Kita juga berkemungkinan akan membuka PKRC yang lain memandangkan kes COVID-19 baharu masih lagi tinggi dan akan menggunakan fasiliti sedia ada iaitu di Institut Latihan Perindustrian (ILP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau PKRC Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Dr Azman berkata, untuk membuka PKRC baharu, pihaknya akan membuat perbincangan dengan pihak pengurusan berhubung semua lokasi yang dicadangkan itu.

Beliau berkata, mengikut jumlah kes COVID-19 baharu yang dicatatkan di Kelantan, penggunaan katil di semua PKRC di negeri ini dijangka penuh dalam tempoh 72 jam.

“Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 di negeri ini juga penuh,” katanya.

Kelantan hari ini merekodkan 754 kes COVID-19 terkini dan empat kluster baharu. - Getaran, 27 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia