web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anak Nafi Isa Samad Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2021 7:31AM

Isa Samad - Gambar oleh Seyda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Anak kepada bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, menafikan khabar angin yang mengatakan bapanya telah meninggal dunia, malam tadi.

Mohamad Najib Mohd Isa yang juga Ketua Pemuda UMNO Port Dickson ketika dihubungi Bernama memaklumkan perkara itu dan menyatakan bapanya kini masih sihat.

“Saya difahamkan ada audio yang tersebar mengenai berita ayah (meninggal dunia), semua itu tidak betul, ayah saya sihat walafiat.

“Kita doakan untuk beliau dan kita semua dipanjangkan umur, murah rezeki, selamat daripada sebarang fitnah dan penganiayaan,” katanya.

Mohd Isa, 72, pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sejak 1982, selain turut menjadi Ketua UMNO Teluk Kemang sejak 1978 hingga 2017.

Malam tadi tular satu audio berdurasi 47 saat di aplikasi Whatsapp, yang mendakwa bekas pemimpin UMNO itu meninggal dunia kira-kira pukul 8 malam semalam.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kematian Mohd Isa itu pernah dilaporkan pada 2018 dan 2019, bagaimanapun perkara tersebut dinafikan isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia