web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peningkatan Kluster Di Tempat Kerja Membimbangkan - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2021 7:53AM

Dr Noor Hisham - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia kini berdepan kes jangkitan COVID-19 kluster tempat kerja yang membimbangkan apabila merekodkan jumlah tertinggi selain kluster perayaan dan rentas negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini berkata sejak 1 April hingga semalam (26 Mei), sebanyak 287 kluster tempat kerja dilaporkan melibatkan 17,087 kes dan daripada jumlah itu 233 kluster masih aktif direkodkan membabitkan 16,785 kes aktif.

“Tiga negeri yang direkodkan kluster tempat kerja tertinggi dalam tempoh ini ialah Selangor dengan 74 kluster (25.7 peratus), Johor 53 kluster (18.4 peratus) dan Pulau Pinang 31 kluster (10.8 peratus).

“Sektor pengilangan didapati penyumbang bilangan kluster tertinggi berbanding subkategori lain iaitu sebanyak 132 kluster (46 peratus) dalam tempoh sama dan ia diikuti sektor perkhidmatan yang merekodkan 57 kluster (20 peratus),” katanya.

Menurutnya walaupun kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 bermula pada 12 Mei, trend kluster di tempat kerja masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara.

Katanya sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan antara 12 Mei sehingga 26 Mei dengan lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan (62 kluster).

Oleh itu, katanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu dikenali sebagai Safe@Work bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan wabak.

Pada masa sama KKM turut menasihatkan majikan supaya memastikan pematuhan SOP di tempat kerja seperti penyediaan tempat mencuci tangan atau ‘hand sanitizer’, pekerja mengenakan pelitup muka setiap masa dan mengelakkan pekerja berkumpul di ruang yang sempit.

Selain itu, mereka perlu memainkan peranan proaktif memastikan langkah pencegahan penularan COVID-19 diambil dan diikuti pekerja di tempat penginapan seperti memastikan katil atau tempat tidur disusun mengikut penjarakan sekurang-kurangya satu hingga dua meter selain mengelakkan pekerja makan beramai-ramai di ruang makan.

Majikan juga perlu memastikan kebersihan tempat penginapan termasuk tandas dan persekitaran sentiasa dijaga dengan kerap menjalankan sanitasi dan pembersihan.

Bagi pekerja pula, beliau mengingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan semasa di tempat kerja untuk keselamatan diri seperti memakai pelitup muka, tidak bersembang dekat, menjaga kebersihan tempat makan dan memantau gejala, serta memaklumkan kepada majikan dengan segera sekiranya bergejala.

Dr Noor Hisham berkata kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan tempat kerja dan penginapan pekerja berada dalam keadaan kondusif dan selamat untuk digunakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia