web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terpedaya Dakyah Anti Vaksin, Bersama Kekang Wabak COVID-19 - Khutbah Jumaat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2021 4:43PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam diingatkan supaya tidak terpedaya dengan dakyah disampaikan oleh golongan anti vaksin yang mencetuskan kegusaran, dan membiarkan diri dipengaruhi, sehingga menggagalkan usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Perkara itu turut disentuh khutbah Jumaat yang dibacakan di seluruh masjid Wilayah Persekutuan hari ini, berhubung kewajipan mengambil vaksin demi kelangsungan kesihatan.

Menurut teks khutbah yang bertajuk  ‘Pelihara Nyawa Hindari Musibah’ itu,

memelihara nyawa daripada kemudaratan adalah satu daripada tuntutan Islam malah ia termasuk dalam maqasid syariah.

“Hari ini kita dapat menyaksikan peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19 di samping jumlah kes kematian yang amat meresahkan lebih-lebih lagi apabila mereka yang terkorban juga melibatkan golongan yang masih muda.

“Melihat kepada musibah pandemik ini, maka janganlah kita saling salah-menyalahkan antara satu sama lain sebaliknya bersama-samalah kita bermuhasabah dan menginsafi diri bahawa kitalah yang mesti mengambil tanggungjawab menamatkan musibah ini,” jelas teks disediakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu.

Selain itu, katanya, Al-Quran mengingatkan bahawa setiap musibah yang melanda adalah bertujuan memberi kesedaran kepada manusia supaya menginsafi dosa yang dilakukan dan kembali bertaubat kepada Allah SWT.

“Realitinya wabak pandemik COVID-19 yang menjadi musibah besar kepada kita hari ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengenal usia.

“Justeru, kita seharusnya meningkatkan kewaspadaan diri dan mengambil sikap serius terhadap setiap arahan dan SOP (prosedur operasi standard) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan diri kita dan keluarga daripada mendapat jangkitan,” kata teks itu lagi.

Khutbah berkenaan juga memberitahu, pengambilan vaksin adalah langkah yang tepat untuk memastikan tahap imuniti tubuh badan kita dapat melawan virus COVID-19 daripada menjejaskan kesihatan.

“Janganlah terpedaya dengan golongan anti vaksin yang telah mencetuskan kegusaran orang awam sehingga mempengaruhi individu yang mendapat temujanji suntikan vaksin tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut.

“Ia bukan sahaja memberi kesusahan kepada semua pihak yang terlibat malah ia juga telah merencatkan usaha-usaha pihak kerajaan untuk membebaskan kita daripada penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia