web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Merusuh di PPR Kempas, 10 Orang Dari 2 Keluarga Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 1:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 10 individu daripada dua keluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua 10 yang ditahan berumur antara 12 hingga 45 tahun dan siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah peribadi.

“Rabu lepas, polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada 6.45 petang dan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata. 

“Kesemua individu juga sudah dikenakan tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan dikompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut beliau dengan tertangkapnya kesemua individu berkenaan, polis menganggap kes berkenaan sudah selesai.

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video dan gambar yang mendakwa pergaduhan terbabit melibatkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia