web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, 284 Lokasi Seluruh Negara Disanitasi Besar-besaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 3:10PM

Zuraida melihat anggota bomba sedang melakukan proses nyahkuman pada Operasi Sanitasi Massa Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) di Pangsapuri Desa 288, Taman Datuk Ahmad Razali hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 284 lokasi di seluruh negara disanitasi secara besar-besaran selama dua hari bermula hari ini, susulan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 di Malaysia, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata operasi itu merupakan satu inisiatif kementeriannya melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), selain turut memfokuskan operasi di Selangor yang terus mencatatkan kes harian tertinggi.

“Tindakan lebih agresif harus diambil melalui operasi sanitasi awam ini termasuk kawasan perumahan, pasar dan sebagainya.

“Memandangkan Selangor menjadi tempat punca ekonomi negara kita, (operasi) ini adalah satu usaha yang kita harapkan akan memberi kesan untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi sanitasi JBPM di satu daripada lokaliti zon merah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata bermula Mac tahun lepas hingga hari ini, sebanyak 25,252 operasi sanitasi telah dilaksanakan yang merangkumi 156 zon iaitu 120 zon merah, 14 zon jingga, 15 zon kuning dan tujuh zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata setakat semalam, seramai 2,702 pegawai bomba telah menjalani saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, seramai 16 pegawai telah disahkan positif wabak COVID-19, 96 pegawai dikategorikan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI), 89 pegawai di bawah pesakit dalam pengawasan (PUS) dan seorang pegawai meninggal dunia akibat wabak itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia