web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MAQIS Rampas 35 Tan Makanan Haiwan Bernilai RM70,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 7:11PM

35 tan makanan haiwan yang tidak memenuhi syarat import dirampas di pintu masuk ICQS di Rantau Panjang, hari ini. - Gambar ihsan MAQIS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)  Negeri Kelantan merampas 35 tan makanan haiwan yang tidak mematuhi syarat import di Pintu Masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, hari ini.

Rampasan dibuat dalam pemeriksaan rutin Pegawai Penguatkuasa MAQIS ke atas sebuah treler pada jam 11 pagi itu membabitkan nilai dengan anggaran jumlah RM70,000.

Pengarah MAQIS Negeri, Roslan Che At berkata, pemeriksaan ke atas treler berkenaan ang membawa barang dagangan keluaran pertanian yang diimport dari Thailand ke Malaysia mendapati ia tidak mematuhi syarat import ditetapkan, seperti dinyatakan dalam permit.

Katanya, barangan itu juga tidak mempamerkan label dan tidak mematuhi piawaian pembungkusan seperti di dalam perakuan.  

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian yang melanggar syarat import sebagaimana dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan adalah satu kesalahan di bawah seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama," katanya di sini hari ini.

Makanan haiwan yang dirampas pihak berkuasa. - Gambar ihsan MAQIS
Makanan haiwan yang dirampas pihak berkuasa. - Gambar ihsan MAQIS

Roslan memberitahu, hasil siasatan juga mendapati stok makanan haiwan itu dibawa dari negara jiran untuk pasaran negeri Johor.

Dalam satu kes berasingan, MAQIS Kelantan turut menahan 210 kilogram serai dianggarkan bernilai RM600 kerana cuba diseludup masuk dari Thailand tanpa permit import, satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta yang sama.

Roslan berkata, MAQIS sentiasa komited dalam menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan barangan keluaran pertanian, haiwan, karkas ikan, tanih dan mikrooganisma yang masuk ke negara ini.

"Ia juga bagi memastikan barangan yang dibawa masuk mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan, justeru kerjasama erat dengan jabatan lain adalah perlu bagi memastikan semua peraturan dipatuhi sebaiknya," katanya. - Getaran, 29 Mei 2021


 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia